Friday, 11 January 2013

Happy birthday mak!

11 JANUARI 2013..happy birthday to you...happy birthday to you..happy birthday to mak..happy birthday to you! muahmuah! I miss u so much mak!
 
naa...hari ini genaplah sudah 44 tahun umur mak.
 
Berasa agak sedih juga kerana sudah 2 tahun tidak dapat menyambut hari jadi bersama mak. Maklumlah, sekrang aku duduk di Ipoh, mak pula di Sarawak..huh..beribu batu jarak yang memisahkan antara kami. Walaupun jauh beribu batu, mak tetap di hatiku selalu :)
 
Mak telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Oleh kerana apak jarang berada di rumah disebabkan terpaksa keluar bekerja mengharungi lautan luas dan ombak untuk mencari rezeki, mak sajalah tempat kami adik-beradik berkongsi masalah. Mak lah yang memikul tanggungjawab sebai seorang mak dan pada masa yang sama sebagai seorang ayah juga.
 
Mak juga lah yang paling senang dibawa berkongsi cerita dan masalah. Selalunya, kalau aku ada masalah yang membelengu fikiran dan jiwa raga, aku akan ceritakan pada mak. Walaupun mak mungkin tidak boleh menyelesaikan masalah aku itu, tetapi, sekurang-kurangnya dia mampu untuk memberikan nasihat kepada aku. Sekarang pun, walaupun berada berjauhan daripada mak, namun, aku tetap akan selalu kol mak untuk bercerita dengannya. Kasih sayang seorang ibu memang sungguh luar biasa! Mana mungkin bisa aku balas dengan wang ringgit yang berjuta....
 
Sempena dengan hari jadi mak yang ke-44 ini, aku ingin memberikan ucapan:
Selamat hari jadi ngagai dik mak! Kami semampai sayau ke nuan belama.
Semoga mak sentiasa sihat dan bahagia bersama apak dan kami semua.
Semoga mak terus dikuatkan iman dalam kasih Yesus.
Semoga mak terus diberkati oleh Tuhan dalam apa sahaja dan segala perkara yang mak lakukan.
 
Happy Birthday to you mak!

 
Tuhan, Engkau lindungilah ibuku selalu. Jagalah dia dengan sebaik-baiknya. Bimbing dia, pakai dia, dan curahkanlah kasih karunia Mu ke atas dirinya.
Amen.
 
 

"TERLALU ISTIMEWA"
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu


Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa



_MISS BRONA_

No comments:

Post a Comment