Tuesday, 22 January 2013

Aku?

ponnnn..ponnn.ponnnn...OMAIGAD!..
 
Nak tau apa aku mau cakap ne? Aku kena pilih jadi NAIB PENGERUSI bagi sayap BAYAN. Ini betul2 gilak ow! aiyoyo..aku tak bersedia langsung ne..
 
Begini ceritanya, semalam kami ada perjumpaan rumah sukan bagi sayap BAYAN..nak tau ek?
Aku merupakan salah seorang ahli rumah sukan sayap bayan..boleh dikatakan aku ne merupakan wirawati juga lah yang sering menyerlah bagi rumah sukan sayap bayan kami tu setiap kali KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH..bukanlah maksud aku wirawati yang hebat dan ada ciri2 olahragawati gituuu dong, tapi aku merupakan individu yang 2 tahun berturut2 melibatkan diri secara 99%, menyumbangkan tenaga dalam segala aspek persediaan sayap bayan setiap kali menjelmanya KEJOHANAN OLAHRAGA tu..haizzz..segala aspek yang aku maksudkan itu ialah CHEERSLEADING (I'm the leader ok), persiapan khemah (tolong2 ja), kawad kaki (tahun pertama ja aku ikut ne), larian beratus2 meter( yang ne memang muka aku ja tiap tahun akan ada mewakili sayap bayan)..pelikkk kan? adalah sebab kenapa asyik aku jerr..uollss janganlah menyampah pula dengar cerita aku ne..haha..
 
Sambung balik yang cerita perjumpaan rumah sukan sayap bayan semalam tu, pada awalnya, dari awal tahun lagi la, aku dah nekad, bertekad, berazam..dan sebagainya la..AKU TAK NAK TERLIBAT LANGSUNG DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA kali ne..aku mau jadi penonton ja bh..kenapa uollss tak faham haa??? penat tau! double what!!!??? AKU PENAT!!
 
Tapi akan daya, mungkin Tuhan dah tentukan, aku dengan undian dan sokongan daripada 'peminat2" aku semalam..hahah..aku terpilih pula jadi NAIB PENGERUSI rumah sukan sayap bayan..ini betul2 tak boleh diterima..sebab segala perancangan awal aku yang nak 'PENCEN" dari dunia sukan terpaksa dilupakan..
 
OK! Malas dah mau pikir 'pencen' ne.. aku kena terima hakikat..aku sekarang merupakan NAIB PENGERUSI..dats means tanggungjawab untuk segala2 perkara berkaitan dengan sayap bayan adalah 99% terletak pada aku..fine! aku terima tanggungjwab yang diberikan itu dengan hati yang terbuka..mungkin ini merupakan satu peluang yang baik untuk aku belajar memimpin sebuah pasukan yang besar..aku perlukan disiplin, aku perlukan kebolehan, aku perlukan segala2 nya..tapi aku tau, semua ini pasti ada hikmahnya..mustahil untuk aku gagal melakukannya jika aku betul2 bertekad untuk menjadi yang terbaik..Tuhan akan sentiasa membantu dan memudahkan segala urusan aku.Aku yakin dengan itu.
 
Mulai minggu ini, I will be busy..so, don't disturb me..nak meeting dengan jwatan2kuasa dan boss I, Mr Tarmizi..(my classmate yang juga merupakan pengerusi sayap bayan pada kali ini)..yeahh! kami kena rancang semuanya..merancang itu mungkin mudah sikit..tapi bagaimana mau merancang jika ahli2 sayap bayan tidak pernah mau memberikan sokongan kepada kami??? LU PIKIRLAH SENDIRI!
 
Kita semua busy bh..ko busy, aku pun busy..semua kita dalam ipg ne busy..ada itu la,,ini la,,tapi ko kena ingat juga tu, kita ne bakal cikgu ok..seharusnya rasa bertanggungjwab itu perlu ada dalam diri setiap kamu2 semua..pleaselahh..aku merayu ja.kali ne ja..tolong berikan kerjasama kamu semua untuk turun SUKAN TARA pada 5 FEBRUARI- 8 FEBRUARI 2013 ne..mohon sangat..kalau x mau ambil acara pun tak apa..janji uolls datang ke padang..tolong tengok pun jadila..kita mau kutip point untuk yang tu..maklumlah, sayap bayan ne kurang atlet..huhu..sedihnya..(pesanan ini khas buat semua ahli2 sayap bayan)
 
TAPI!!..aku bersama2 dengan legasi jawatankuasa sayap bayan sesi 2013, akan memastikan sayap bayan memperoleh gelaran JUARA dalam kejohanan olahraga kali ini..Ini bukan janji, tapi pasti!..
 
Tuhan, aku berdoa kepada Mu, dengan rendah hatiku, aku datang dan memohon kepada Mu Tuhan, Engkau permudahkanlah urusan aku sepanjang tempoh aku menjadi naib pengerusi sayap bayan ini. Engkau berikanlah petunjuk yang terbaik bagi kami. Engkau bimbing kami selalu. Kami percaya bahawa Engkau pasti mempunyai rencana yang terindah bagi kami. Terima kasih juga Tuhan kerana peluang yang telah diberikan kepada aku untuk menjadi naib pengerusi sayap bayan. Mungkin ini merupakan tanggungjwab yang Engkau berikan sebenarnya, agar aku bisa mengenali erti tanggungjwab dan belajar untuk menjadi lebih bertanggungjwab dalam memimpin rakan2 aku dalam segala perkara. Thanks Lord!..sungguh diberkati..tiada yang mustahil jika kita mempercayai segala perkara yang berlaku telah diaturkan oleh Bapa kita yang ada di syurga. Amen.
 
 
 
ne mau share2 sikitla gambar2 kejohanan olahraga tahun lepas (2012)..phiweettt! Sayap Bayan gituu ;)
 
 
 
tu diaaaa...naib pengerusi sayap bayan..hihi


2 comments:

  1. Double wow! Langsung x pencen2 kawan aku ni. Sibuk aja setiap semester. Ni mesti ambik pencen 60 tahun ni. Hahaha!

    ReplyDelete
  2. aku berkhidmat utk kerajaan bh daus..haha..70 tahun aku sanggup ok..demi BAYAN!

    ReplyDelete