Tuesday, 22 January 2013

Aku?

ponnnn..ponnn.ponnnn...OMAIGAD!..
 
Nak tau apa aku mau cakap ne? Aku kena pilih jadi NAIB PENGERUSI bagi sayap BAYAN. Ini betul2 gilak ow! aiyoyo..aku tak bersedia langsung ne..
 
Begini ceritanya, semalam kami ada perjumpaan rumah sukan bagi sayap BAYAN..nak tau ek?
Aku merupakan salah seorang ahli rumah sukan sayap bayan..boleh dikatakan aku ne merupakan wirawati juga lah yang sering menyerlah bagi rumah sukan sayap bayan kami tu setiap kali KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH..bukanlah maksud aku wirawati yang hebat dan ada ciri2 olahragawati gituuu dong, tapi aku merupakan individu yang 2 tahun berturut2 melibatkan diri secara 99%, menyumbangkan tenaga dalam segala aspek persediaan sayap bayan setiap kali menjelmanya KEJOHANAN OLAHRAGA tu..haizzz..segala aspek yang aku maksudkan itu ialah CHEERSLEADING (I'm the leader ok), persiapan khemah (tolong2 ja), kawad kaki (tahun pertama ja aku ikut ne), larian beratus2 meter( yang ne memang muka aku ja tiap tahun akan ada mewakili sayap bayan)..pelikkk kan? adalah sebab kenapa asyik aku jerr..uollss janganlah menyampah pula dengar cerita aku ne..haha..
 
Sambung balik yang cerita perjumpaan rumah sukan sayap bayan semalam tu, pada awalnya, dari awal tahun lagi la, aku dah nekad, bertekad, berazam..dan sebagainya la..AKU TAK NAK TERLIBAT LANGSUNG DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA kali ne..aku mau jadi penonton ja bh..kenapa uollss tak faham haa??? penat tau! double what!!!??? AKU PENAT!!
 
Tapi akan daya, mungkin Tuhan dah tentukan, aku dengan undian dan sokongan daripada 'peminat2" aku semalam..hahah..aku terpilih pula jadi NAIB PENGERUSI rumah sukan sayap bayan..ini betul2 tak boleh diterima..sebab segala perancangan awal aku yang nak 'PENCEN" dari dunia sukan terpaksa dilupakan..
 
OK! Malas dah mau pikir 'pencen' ne.. aku kena terima hakikat..aku sekarang merupakan NAIB PENGERUSI..dats means tanggungjawab untuk segala2 perkara berkaitan dengan sayap bayan adalah 99% terletak pada aku..fine! aku terima tanggungjwab yang diberikan itu dengan hati yang terbuka..mungkin ini merupakan satu peluang yang baik untuk aku belajar memimpin sebuah pasukan yang besar..aku perlukan disiplin, aku perlukan kebolehan, aku perlukan segala2 nya..tapi aku tau, semua ini pasti ada hikmahnya..mustahil untuk aku gagal melakukannya jika aku betul2 bertekad untuk menjadi yang terbaik..Tuhan akan sentiasa membantu dan memudahkan segala urusan aku.Aku yakin dengan itu.
 
Mulai minggu ini, I will be busy..so, don't disturb me..nak meeting dengan jwatan2kuasa dan boss I, Mr Tarmizi..(my classmate yang juga merupakan pengerusi sayap bayan pada kali ini)..yeahh! kami kena rancang semuanya..merancang itu mungkin mudah sikit..tapi bagaimana mau merancang jika ahli2 sayap bayan tidak pernah mau memberikan sokongan kepada kami??? LU PIKIRLAH SENDIRI!
 
Kita semua busy bh..ko busy, aku pun busy..semua kita dalam ipg ne busy..ada itu la,,ini la,,tapi ko kena ingat juga tu, kita ne bakal cikgu ok..seharusnya rasa bertanggungjwab itu perlu ada dalam diri setiap kamu2 semua..pleaselahh..aku merayu ja.kali ne ja..tolong berikan kerjasama kamu semua untuk turun SUKAN TARA pada 5 FEBRUARI- 8 FEBRUARI 2013 ne..mohon sangat..kalau x mau ambil acara pun tak apa..janji uolls datang ke padang..tolong tengok pun jadila..kita mau kutip point untuk yang tu..maklumlah, sayap bayan ne kurang atlet..huhu..sedihnya..(pesanan ini khas buat semua ahli2 sayap bayan)
 
TAPI!!..aku bersama2 dengan legasi jawatankuasa sayap bayan sesi 2013, akan memastikan sayap bayan memperoleh gelaran JUARA dalam kejohanan olahraga kali ini..Ini bukan janji, tapi pasti!..
 
Tuhan, aku berdoa kepada Mu, dengan rendah hatiku, aku datang dan memohon kepada Mu Tuhan, Engkau permudahkanlah urusan aku sepanjang tempoh aku menjadi naib pengerusi sayap bayan ini. Engkau berikanlah petunjuk yang terbaik bagi kami. Engkau bimbing kami selalu. Kami percaya bahawa Engkau pasti mempunyai rencana yang terindah bagi kami. Terima kasih juga Tuhan kerana peluang yang telah diberikan kepada aku untuk menjadi naib pengerusi sayap bayan. Mungkin ini merupakan tanggungjwab yang Engkau berikan sebenarnya, agar aku bisa mengenali erti tanggungjwab dan belajar untuk menjadi lebih bertanggungjwab dalam memimpin rakan2 aku dalam segala perkara. Thanks Lord!..sungguh diberkati..tiada yang mustahil jika kita mempercayai segala perkara yang berlaku telah diaturkan oleh Bapa kita yang ada di syurga. Amen.
 
 
 
ne mau share2 sikitla gambar2 kejohanan olahraga tahun lepas (2012)..phiweettt! Sayap Bayan gituu ;)
 
 
 
tu diaaaa...naib pengerusi sayap bayan..hihi


Sunday, 13 January 2013

Jejaka dari Kudat bah!

Tiktoktiktoktiktok..masa terus berputar dengan lajunya..alahaiii..cepat2 sikit la..tak sabar mau jumpa dengan si Roedri..kuikuikui... dia busy, saya pun busy..apa nak jadi kalau macam ne..tepuk dada tanya selera..hihihi..x da kena mengena langsung..
 
Tapi, harap boleh bersabar yer Brona..tahan rindu tu..well..long distance relationship..hehe..semuanya ada baik dan buruknya..cuma kena kawal diri tu sikit..wueekkks..gedikksss nya aku menaip entri kali ne..hahaha
 
dah hampir 4 bulan tak jumpa..rindu gilerrr kottt..walaupun hari2 bercakap dalam phone dan texting dengan dia, tapi mau juga tengok dia LIVE punya ok....hohoho..please dont be jealous HATERS!

I MISS YOU JEJAKA DARI KUDAT! I means my boyfriend ok..Roedri ;)

Semoga Tuhan terus memberkati perhubungan kita ini dan mencurahkan kasih karuniaNya ke atas kita.
Amen.

I love you! Good night my darling!

dia memang tak hensem uolls punya bf...tapi please take note...
"Dia, saya yang punya!"
hohoho..ganas juga malam ne..
 
PEACE YO!

_MISS BRONA_

Friday, 11 January 2013

Happy birthday mak!

11 JANUARI 2013..happy birthday to you...happy birthday to you..happy birthday to mak..happy birthday to you! muahmuah! I miss u so much mak!
 
naa...hari ini genaplah sudah 44 tahun umur mak.
 
Berasa agak sedih juga kerana sudah 2 tahun tidak dapat menyambut hari jadi bersama mak. Maklumlah, sekrang aku duduk di Ipoh, mak pula di Sarawak..huh..beribu batu jarak yang memisahkan antara kami. Walaupun jauh beribu batu, mak tetap di hatiku selalu :)
 
Mak telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga. Oleh kerana apak jarang berada di rumah disebabkan terpaksa keluar bekerja mengharungi lautan luas dan ombak untuk mencari rezeki, mak sajalah tempat kami adik-beradik berkongsi masalah. Mak lah yang memikul tanggungjawab sebai seorang mak dan pada masa yang sama sebagai seorang ayah juga.
 
Mak juga lah yang paling senang dibawa berkongsi cerita dan masalah. Selalunya, kalau aku ada masalah yang membelengu fikiran dan jiwa raga, aku akan ceritakan pada mak. Walaupun mak mungkin tidak boleh menyelesaikan masalah aku itu, tetapi, sekurang-kurangnya dia mampu untuk memberikan nasihat kepada aku. Sekarang pun, walaupun berada berjauhan daripada mak, namun, aku tetap akan selalu kol mak untuk bercerita dengannya. Kasih sayang seorang ibu memang sungguh luar biasa! Mana mungkin bisa aku balas dengan wang ringgit yang berjuta....
 
Sempena dengan hari jadi mak yang ke-44 ini, aku ingin memberikan ucapan:
Selamat hari jadi ngagai dik mak! Kami semampai sayau ke nuan belama.
Semoga mak sentiasa sihat dan bahagia bersama apak dan kami semua.
Semoga mak terus dikuatkan iman dalam kasih Yesus.
Semoga mak terus diberkati oleh Tuhan dalam apa sahaja dan segala perkara yang mak lakukan.
 
Happy Birthday to you mak!

 
Tuhan, Engkau lindungilah ibuku selalu. Jagalah dia dengan sebaik-baiknya. Bimbing dia, pakai dia, dan curahkanlah kasih karunia Mu ke atas dirinya.
Amen.
 
 

"TERLALU ISTIMEWA"
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu


Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa



_MISS BRONA_

Tuesday, 8 January 2013

Detik permulaan 2013

Hmm..lama dah update blog aku ni..berhabuk dah agaknya..maklumlah, dekat 2 bulan bercuti di rumah..memang jarang sekali menghadap laptop ne. Line problem+ laptop problem= DUDUK DIAM LAGI BAGUS!
 
Kalau nak diikutkan, banyak yang aku mau ceritakan dan luahkan dalam blog ne..tapi, memandangkan aku malas nak menaip panjang sangat cerita2 aku tu, biarkan sajalah cerita aku itu aku simpan di dalam memori ingatan aku sebagai kenangan yang tidak akan pernah pudar..
 
TAHUN baru, AZAM baru, SEMANGAT baru!
Tahun 2013 dah ne..semoga tahun ini akan lebih memberikan banyak tuah dan rezeki yang melimpah2 serta lebih diberkati. Banyak perkara yang ingin diimpikan untuk dicapai pada tahun ini. Semoga Tuhan memudahkan segala urusan itu. Amen.
 
Aku dah masuk semester 1 tahun kedua dah tahun ne..OMG! aku rasa sem ini betul2 mencabar..mana tak nya, sem ini kami banyak belajar teori..RBT+PJ ANATOMI+ HUBUNGAN ETNIK and so on..lagi satu, sem ini, kami dah mula terlibat dalam unit beruniform..wuwuwu..kelas kami dapat KADET REMAJA SEKOLAH ok! not bad..hihihi..mulanya, memang semua merungut juga dapat KRS ne, maklumlah, majoritinya ramai yang minat nak masuk PENGAKAP. nak buat mcm mana, dah nasib kena belajar menjadi ahli KRS pula lagi kan..hehe..apa salahnya kita menimba pengalaman. Seorang guru yang baik akan mampu melakukan semua perkara. :)PEACE!
 
Sem ini juga, aku kena menjalankan tanggungjawab sebagai setiausaha kelas. aiyoyoyo..memang aku ini asyik terlibat dengan kerja setiausaha nampaknya..Semoga aku boleh menjalankan tanggungjawab aku dengan sebaik mungkin.
 
Ok..dats all for tonight..! daaa...! <3
 
_MISS BRONA_