Monday 21 November 2011

Bila kawan mula tunjuk belang :(

Hmm...hmm..hmm...

Boleh menitis air mata ni kalau nak ceritakan semua tentang "dia". Dia lah sahabat, dia lah teman..sungguh aku tak sangka selama ini kau ada menyimpan dendam dengan aku..Arghhh! Kau tahu tak betapa pedihnya hati aku bila kau perlakukan sebegitu..mungkin bagi kau, semua itu hanya gurauan. tapi kau harus ingat satu perkara, bahawa aku bukanlah boneka untuk kau permainkan begitu. Selama ini aku pendam ja rasa sakit hati aku..nasib ada roomate aku yang sudi mendengar masalah aku bersama kau..aku tak tau apa salah aku dekat kau sampai kau buat begitu! Mungkin kau tidak melihat rasa sedih dan terguris di air muka aku..sebaliknya kau harus ingat di sebalik naluri hati seorang perempuan, aku menyimpan 1001 kelukaan dengan perangai kau itu.

...tut..tat..tut..tat..tut..tat...

bila nak dekat jer exam, kau terus buat perangai dengan aku..KENAPA? kenapa? KENAPA?
..............Kenapa kau tak buat sebegitu sebelum ini?....

Aku bukan untuk dicemburui..aku bukan untuk dipermain...tidak pernah sesekali aku menyimpan dendam pada dirimu. Aku anggap kau macam kakak aku..macam saudara aku..tapi? Kau tak pernah sesekali menyimpan niat baik seperti itu.Niat di hati kau sungguh jahat!..Aku menangis ketika itu..ada kau pedulikan aku?ada kau ambil kisah apa yang terjadi dengan aku? TAK PERNAH!
Kau dihantui dengan sikap keeogaan kau itu.
       
  Begitukah sahabat? Begitukah kawan? Begitukah teman?

Tapi kau usah risau, kau usah khuatir, kerana hati aku sentiasa memaafkan setiap kesalahan kau itu. Jangan kau bersedih wahai sahabat..jangan kau menangis..kerana aku tetap menyayangi mu selamanya..

Biarkan aku sendiri....melayani rasa sunyi di dalam hati ini...melayani jiwa sepi ini. Tanpa insan yang bergelar SAHABAT SEJATI.

_MISS BRONA_

Biarkan aku sendiri.....


Biarkan aku menyepi.....



No comments:

Post a Comment