Saturday 4 February 2012

Hebatnya kasihMu:)

Tuhan, ternyata kasihMu amat besar dan amat kuat. Kau benar-benar menyentuh hati aku pada malam ini. Firman-firman Mu amat berkuasa dan menyentuh hati aku. Aku rasa seperti jiwa aku telah diperbaharui pada malam ini.

Adakah selama ini aku selalu melupakan Mu Tuhan?

Adakah aku telah mengabaikan Mu?

Tuhan, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi semua cabaran ini. Aku sudah tidak kuat lagi untuk menghadapi masalah dan dugaan yang Kau berikan kepada diriku ini. Iringlah dan bimbinglah aku dalam setiap perbuatan aku. Saat aku bergembira, aku pasti Kau pasti berserta aku. Dan aku juga yakin dan percaya bahawa, saat aku berduka, saat aku dalam badai bergelora, Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Malah, Kau makin dekat dengan diriku. Dalam jiwaku, dalam hatiku, dalam doaku, Kau selalu ada di situ. Janganlah tinggalkan aku keseorangan. Permudahkanlah segala urusan aku. Kuasa dan kasihMu terhadap kami amat dahsyat. Doa ini aku serahkan ke dalam tangan Mu melalui Tuhan Yesus, Tuhan dan pengantara kami. Amen.

Aku percaya bahawa Kau ada pengharapan bagi kami semua.

Dia buka jalan saat tiada jalan,

dengan cara yang ajaib,

Dia buka jalan bagiku.

Dia menuntunku dan memeluk diriku,

dengan kasih dan kuasaNya,

Dia buka jalan,

Dia buka jalan.


Tuhan pasti membuka jalan bagi setiap permasalahan yang kita hadapi.





Firman-firman Tuhan amat indah.



Aku berdoa kepadaMu dengan segenap jiwa aku. Dengarkanlah doa aku ini.



Your love, mercy, and grace have saved me, dear Father. What can I do to praise you? You have shown your might, holiness, and majesty in redeeming me, dear God. What can I do to repay your grace? Your patience, perseverance, and faithfulness have touched my heart and brought me life. How can I ever find the words to say how much I love you? Thank you, dear Father, thank you for all you have done for me. In Jesus' name I pray. Amen.

From Your daughter,
-Broneka U.K-





No comments:

Post a Comment